Friday, May 23, 2008

Skeleton Kaum AAAD ?.........


Besar dan tingginya manusia ini di zaman purbakala, kebesaran Allah S.W.T.... Subhanallah...............!!!!

....traditional massage

Meh lar kita pakat-pakat bela kucen banyak2 kat ghumah..... huhuhuhuhu

Wednesday, May 21, 2008

....random prediction


Owhhh Malaysia ku yang tercinta.................

pejam celik-pejam celik dah setengah abad Malaysia merdeka tetapi apakah kemerdekaan itu hanya pada persepsi negara bebas dari penjajahan cuma ?

Bagaimana dengan minda kita, perasaan kita, kehendak kita, cara hidup kita, persekitaran kita dan segala yang bekaitan dengan diri kita...

Aku makin tak paham dengan pergolakan sekarang... sakit kepala pun ada..... nak kata x nak masuk campur hal2 politik neh x boleh jugak kerana keja aku neh pun melibatkan orang2 macam yg mcm tu dan sikit sebanyak tempias nya tuh kena jugak lar.....

Malam tadi mak aku talipon bagi tau.... belah utara sana macam berkabung bila Tok Det buat pengumuman malam kelmarin...... mmmmmmmmm.... satu fenomena baru pergolakan di Malaysia....

Tuesday, May 20, 2008

dismay.....



kelmarin aku hampa..... mana kan idak, 5 jam tidak membuahkan apa-apa.... dah lar penat berjalan 2 km lebey.... lansung tak der hasil... merah tak nyangkut, bekal jer lar aku rembat, asyik ngunyah jer sampai habis bekal, bengang betul..... huhuhuhuhu






... Pak Man selaku penjejak kami untuk mencari merah hanya tersenyum dengan gelagat aku... sejarah beliau, hingga ke hari ini beliau dah mendaratkan berpuluh-puluh merah di sepanjang Pasir Bugis.... dan kelmarin sekor merah seberat 1.9kg telah dinaikan oleh beliau.....












...dan sekor lagi seberat 2.3kg telah berjaya dinaikan oleh Guman, senyum melebaq si Guman.. ini lar kali pertama beliau menaikan merah... besar jugak tuh... on d way balik aku ngan Guman singgah di Sri Utara Tomyam, suruh Ustaz Amir kerjakan merah utk 2 masakan... bahagian kepala buat steam halia dan bahagian ekor buat masak sweet n sour... perghhhhhhh sedapppp woooo......

.....mimpi si gadis

Untuk Renungan Bersama.

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood…

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini."Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja ia itu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.

Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA "

Friday, May 16, 2008

kelu lidahnya....

...email dari seorang rakan !!!!

Inilah akibatnya org yang tak tahu menilaikan Al-Quran dan menghina Islam....hukumannya dibayar cash!

Dalam video ini Bush sedang memberikan ceramah dengan mengatakan Al-Quran mengajar keganasan. Tetapi sebelum beliau habis ucapan tersebut, Allah telah kelukan lidahnya.......... Lihat dan dengar video ini baik-baik...........................

Allahuakbar......

Thursday, May 15, 2008

.......buat renungan bersama

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Kisah ini diharapkan dapat menyedarkan diri kita semua. Ia mungkin terjadi pada sesiapa saja. Moga kita tidak alpha dalam mengejar apa yang kita cari dalam kehidupan seharian....

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Asar. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 bahasa yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa ketika seorang yang taktampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudahberdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya..... siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas....namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus berjalan.....kekerongkongku....sakittttttttt........sakit......rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,.... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....

Dalam keadaan yang masihsukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa sesuatu untuk keluar daritubuhku...kkhh......... khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badan ku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak..... airmataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar,cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yangsedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Disitu aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang ku duduki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.


Siapa dia???????

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria .... terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi...

Siapa dia.............????????

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku....

Ada apa ini Ya Allah....????????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu.... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku
tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak.....tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihat ku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa roh ku.

Aku telah mati... aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis....berteriak...... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayat ku. Aku sangat sedih.... selama hidupku belum banyak yang ku lakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktu ku telah habis....... masa ku telah terlewat........ aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga & lain lain. Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.

Oh Tuhan,

JIKA kau inginkan keadaan ku masih hidup dan masih boleh membaca artikel ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemput ku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Dari mu aku datang.... maka kepada mu aku kembali.....

pembohongan IBU.......

.... dari email seorang rakan

Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengancepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepatmenolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukancinta dan saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibuyang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Kepada anda yang masih mempunyai ibu dan ayah, anda amat bertuah kerana boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya.

Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Wednesday, May 14, 2008

...ribut petang tadi



...petang tadi aku trima sms dari Lady pendek jer, "ribut kuat..!!!"

aku tros jengok keluar opiz... alamak gelap dah, mcm langit nak runtuh jer... dengan angin kuat..

tringat aku kejadian ribut di Myanmar, tak kan sini pun nak kena juga... aduiii

...sejak kebelakangan neh tiap-tiap petang ribut beserta hujan lebat, sepatotnya skrg neh musim
kering.. tetapi ini sebaliknya... mmmmmmm dunia semakin tenat..!!!

rezeki malam tadi.......

...dah 3 malam aku tak boleh nak tidoq, dok pikiaq awatnya tak dak sekoq pun yang mengena.. bley jadik gila neh.. huhuhuhuhu


"Hallo...Assalamualaikum Guman, hang dok buat apa tuh ? Kalau dok saja elok jom ikut aku kita pi huluq apa2 yang patut kat muara sana..!!", buat serkap jarang kot-kot ada yg nak ikot... normaly tak pernah lagi ada yang menolak ajakan aku neh...


"wa'alaikumussalam, haaaaaa elok sangat lar tuh, aku pun dah lama tak turun neh.. errr udang macam mana ?"


"yang tuh tok sah risau, aku dah pesan dgn si Mus... on d way kita ambik nanti..!!"


......berbekalkan Daiwa Crosfire A - CF3550A dan Seahawk Sport - SP3000, bergerak ke lokasi bersama Guman pada jam 9.45 mlm dan dalam perjalanan singgah ketempat si Mus untuk ambil udang hidup...


sampai ke muara dah jam 10.30 mlm, alamak air dah surut... mcm mana neh.. dlm jadual air setinggi 1.8m pd jam 10.00 mlm dan surut hingga ke 1.3m pd jam 12.00 mlm, tak bley pakai jadual air neh ... huhuhuhuhu


...tawakal jer lar, mana lar tau kan untung sabut timbul... pasang jugak umpan jgn kira.. janji huluq panceng tuh..



alhamdulillah, tak sampai 15 minit dah naek semilang... dan dlm masa 1 jam saja 5 ekor semilang berjaya didaratkan... tak menghampakan, aku tgk Guman tersenyum riang....



malam tu saja dlm masa 2 jam 7 ekor semilang yang kami dapat besar-besar juga neh, lepas lar buat kari semilang + timun.. perghhh sedap tuhh..



kami tak tunggu lama... nak buat apa banyak2 semilang kan... so bergerak pulang jam 12.15 am....


Lady tersenyum meleret di muka pintu menyambut aku pulang... mana kan idak, ada habuan untuk dinikmati besok hari.


"besok pagi bangun awal, beli timun, cili besar, bawang besar, rempah kari ikan....!!", pesan Lady sebelum tido....

"yer lar... gerak tau..!!"

...tido dan bermimpi kari semilang + timun.. perghhh

...santai 11 Mei 2008

...bangun pagi tu aku terkebil-kebil sambey berfikir apa aku nak buat ari neh.... mmmmmm mother day, 1st call my mom dulu tanya khabar then call my mother in law pulak, terkejut puan Sumi x pernah menantu call pepagi buta cegini, lagi pun menantu yg satu neh memang jarang call, buang tebiat ker apa..

...jadi nak gembirakan Lady serta budak-budak dan dalam masa yg sama untuk kepentingan aku juga, aku bawak they all pegi bersantai, mandi manda ke Sekudung, Tuaran.... beli ikan dan beli udang.. buat BBQ kat sana... pergggggghhhhh.. !!!!
...bb sampai jer tros terjun dalam air... soka nya dia jumpa air... Lady spt biasa sibuk dgn ikan-ikan dan udang yang nak dibakar... aku plak dalam masa yg sama sibuk ngan batang panceng aku... wakakakakaka

"abang long, kak ngah... tolong ibu cari kayu nak bakar ikan...!!", aku bersuara...




... ni satu yg aku paling soka ngan anak-anak aku, tanpa persoalan tros ligat mencari kayu dan ranting2 kering untuk bahan bakar ikan..

....aku plak asyik sgt dgn btg panceng sampai lopa nak amik pic Lady tgh bakor ikan.. huhuhuhu

sedar sedar dah siap dibakar....

"meh lar pekena ikan bakor neh, ikan kat laut tuh tak der hari neh, balik kg...!!", seloroh Lady kpd aku yg tgh dok syok manceng....

... memang betol dari aku sampai hingga kan siap ikan dibakar, sekor pun tak menyentuh panceng aku.. huhuhuhuhuhuhuhu... !!!


.....seronok tengok Lady melayan karenah anak-anak aku makan ikan bakor cicah air asam... perghh.. memang sodap.....

.....sampai kepetang lar jugak aku melepak melayan anak-anak aku.....

lepas jam 5 ptg baru lah bergerak pulang tapi BB yang becok mulutnya masih lagi tak puas mandi..


"bb bolom lagi mandi ni ayah, jom lar ayah mandi ngan bb... jom lar !!"
"dah petang ni bb, kejap lagi dah gelap... nanti kita datang lagi, kita mandi puas, puas yer sayang..!!"

"yer lar ayah... tapi ayah janji tau, bb nak mandi dengan ayah, ayah bolom mandi dgn bb...!!"


"ayah janji sayang, tapi bb kena janji juga dgn ayah, bb jgn nakal2, bb kena dengar ckp ibu yer sayang..."

...anak-anak sekarang memang beruntung, apa saja yang dihajati pasti tertunai.... aku seronok melihat anak-anak aku membesar di depan mata...!!!!!!!!!

----------------------------------------------------------------------------------------
**** semasa zaman kejahilan aku dulu :-
"mak tolong lar bg tau ayah, ajak pi mandi kat Pantai Merdeka hari minggu ni..!!"
"awatnya ancik, dah tak reti pi sendiri ka.. pi lar bagi tau dgn ayah tuh.. !"
...alamatnya terkuburlar impian nak pegi mandi laut huhuhuhuhuhu