Thursday, November 27, 2008

Relex sekejap........


Kisah suami, isteri yang tidak pernah melihat apa itu cermin dan juga mak mertua yang tak sedar diri....

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.


Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.


Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..

Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..


Isteri: ??????????????

Saturday, November 22, 2008

....6 month + !!!


Trimakasih kepada kengkawan yg prihatin dengan Lady aku... Kelmarin Lady ada appointment dgn doktor.... alhamdulillah everything ok, kandungan tak der masalah... bebi-bebi pun sehat semuanya... walau pun usia kandungan baru 6 bulan lebey tapi Lady agak keletihan al-maklum lar bukan sorang yg Lady bawa !!



....nampaknya cuti skolah hanya di sekitar KK saja lah, abang Long, kak Ngah faham keadaan Lady, so tak lar demand nak balik kg ker apa ker...!

"ayah, bila bebi nak keluar dari perut ibu tu ayah... lamanya bebi tunggu ni..!!"


hampir setiap hari bebi tanya soklan yang sama..... dan aku tak jemu melayan karenah bebi !



duduk merenung diri.... apakah cukup dgn apa yang dicari, atau hanya gangguan emosi yang ingin merialisasikan sesebuah ilusi ?

........Alhamdulillah dengan apa yang dimiliki !

Tuesday, November 18, 2008

S A R A T


"....saratkan dirimu dengan ilmu dan bukanya hasad dengki yang membebankan diri...."

Monday, November 17, 2008

Something to inspire you...


Wife and the window


A young couple moves into a new neighborhood. The next morning, while they are eating breakfast, the young woman sees her neighbor hang the wash outside.


That laundry is not very clean, she said, she doesn't know how to wash correctly. Perhaps she needs better laundry soap.


Her husband looked on, but remained silent. Every time her neighbor would hang her wash to dry, the young woman would make the same comments.


About one month later, the woman was surprised to see a nice clean wash on the line and said to her husband: "Look! She has learned how to wash correctly. I wonder who taught her this."


The husband said: "I got up early this morning and cleaned our windows!"


And so it is with life: "What we see when watching others depends on the purity of the window through which we look. Before we give any criticism, it might be a good idea to check our state of mind and ask ourselves if we are ready to see the good rather than to be looking for something in the person we are about to judge. "

Thursday, November 13, 2008

Take A Break


There is a very, very tall coconut tree and there are 4 animals. King Kong, an Ape, an Orangutan and a Monkey pass by. They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree.


Who do you guess will win ?Your answer will reflect your personality.Think carefully . . .

TRY AND ANSWER WITHIN 30 SECONDS

Got your answer?

Now scroll down to see the analysis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


If your answer is:



Orangutan = you're sick



Ape = you need a break



Monkey = worse, you suppose to be in the hospital right now..



King Kong = I think you better take 1 year leave..

Why?????



A COCONUT TREE DOESN'T HAVE BANANAS !



OBVIOUSLY YOU'RE STRESSED AND OVERWORKED.TAKE SOME TIME OFF AND RELAX!

amusement...!


"Cik.. apsal seat belt kapal terobang ni pendek sangat, tak ado ko yg panjang lagi ?"

....notification !!


HATI HATI......... Udang + Vitamin C = Racun !


Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi...


Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah. Setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.


Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masaalahnya kerana malam itu wanita ini banyak makan udang. Sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah,
keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal.


Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), berhubung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C, dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rosak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati-hati, kalau banyak makan udang, JANGAN MINUM/AMBIL VITAMIN C pada satu masa yang sama.

Gee.. tolong betulkan fakta jika maklumat ini salah !!!

Sunday, November 9, 2008

siapa tu ?


Encem nyer.... baru dpt pic neh from ma lil bro. Kalau tak silap gambor neh diambil sekitar tahun 1977 , mana dia pi slongkaq pun tatau ... yg aku pasti... nostalgia kembali menyinggah...!!!!!!!!!

Monday, November 3, 2008

....dignified


Tangan Kita

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.


Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?


Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............ !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:


"Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:


"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:


Pertama : Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua : Kedua yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!"


Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

SUAMI - kalau vs jika


KALAU SUAMI


Kalau suami mula berahsia..

Itu tandanya dia tak setia


Kalau suami meninggi suara

Itu tandanya dia dah ada mak we


Kalau suami mengaku bujang tua

Itu tandanya dia nak ngurat anak dara


Kalau suami selera tak ada

Itu tandanya dia nak pasang dua


Kalau suami lambat balik aje

Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha


Kalau suami tidur di ruang tamu

Itu tandanya dia dah jemu


Kalau suami malam jumaat buat tak tahu

Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu


Kalau suami garang macam singa

Itu tandanya hati dia dah tak cinta


Kalau suami asyik komplen aje

Itu tandanya dia dah tak suka


Kalau suami mula sepak terajang ke muka

Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA


JIKA SUAMI


Jika suami sayangkan isteri

Dapat gaji semua diberi


Jika suami sayangkan isteri

Kerja rumah rela dikongsi


Jika suami sayangkan isteri

Kereta diberi suami naik LRT


Jika suami sayangkan isteri

Duit poket diberi setiap hari


Jika suami sayangkan isteri

SMS dikirim tanda rindu dihati


Jika suami sayangkan isteri

Kongsi masalah nasihat dikasi


Jika suami sayangkan isteri

Diberi ciuman setiap pagi


Jika suami sayangkan isteri

I love U, I miss U katanya setiap hari


Jika suami sayangkan isteri

Isteri gemuk, dikatakan seksi


Jika suami sayangkan isteri

Sakit sikit selongkar laci ubat dicari


Jika suami sayangkan isteri

Kemana sahaja dibawa pergi


Jika suami sayangkan isteri

Sentiasa jujur perihal diri


Jika suami sayangkan isteri

Status berkahwin bangga sekali


Jika suami sayangkan isteri

Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 : Adakah suami2 anda tergolong dlm kategori ini? JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.


tetapi .... KALAU SUAMI .... lebih banyak dari JIKA SUAMI ... maka berhati-hatilah.Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.


PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????


JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...