Thursday, February 12, 2009

28 days....


Alhamdulillah setelah 28 hari anak-anak aku dah nampak perkembangan berbanding dari mula2 lahir dulu nak tgk pun aku tak sanggup... cocok sana, cocok sini tu pula jarum sama besar jari dia aku tengok... kesian...!




Cuma yang adik, Muhammad Naufal, asyik selsema..... Lady risau jadi masuk sekejap ke hospital untuk mmembantu pernafasan dan mencairkan selsema tu....





Doc cakap Naufal ok jer... tak ada masalah yang serius, selsema tu memang biasa untuk budak2... cuma jgn selsema yg keterlaluan sahaja...






......agaknya mana abang yang mana adik neh....aku pun kekadang kompius nehhh.....




Monday, February 9, 2009

GAGAHnya wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.


Wanita yang gagah adalah :-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan


2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan


3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan


4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Tuesday, February 3, 2009

Kepulangan......!!



Akhirnya kembar kedua dipertemukan dengan abangnya di wad ibu mereka setelah 13 hari dipisahkan (30/01/2009)..... cuba tgk, senang jer nak kenal mana abang dan mana adik.......




"tok, yang ni Iqbal ker Naufal ni... serupa jer muka orang tengok ?", tanya BB (kebelakangan ni BB membahasakan dirinya ORANG)







...Mak aku seronok dpt jumpa cucu kembar tu...kalau boleh nak dukung kedua-dua nya sekali...




"....macam ni cara yang betul... letih mak tengok, tak tau lah kat hampa ni macam mana!".... tuuu dia mak aku dah mola buat demo...






best nyer.... yang ni Kak Ngah tau.. namanya Mohammad Naufal...






"tu diaaaa.... bulat mata dia... Muhammad Iqbal, tak tido lagi...awat tengok tok lagu tu..."







minum time..... susu ibu susah nak di isap... suap mcm tu jer lar... laju jugak abis...
Dan semalam, 02/02/2009, Lady dan twins dibenarkan pulang ke rumahhhhh... alhamdulillah.. !!!