7.30 pagi - Up load barang2 keperluan
9.00 pagi - Bertolak ke Bera dengan Bro Nash (main driver), (co-driver) Naz dan Feez...
12.15 tgh - Sampai ke Temerloh, pekena ikan patin masak tempoyak.. perghhhh
3.00 ptg - Sampai ke Tasik Bera, cantek sungguh ciptaan Allah s.w.t dgn keadaan alam semulajadinya, tapi sayang kerakusan manusia mencemar keadaan tsbt.
4.00 ptg - Mancing di Jeti Dara, sampai jam 6.00 ptg, hasil tak memberangsangkan
7.00 ptg - Set up kem di Jeti Sudin, walau gelap meraba-raba.. khemah tetap tegak berdiri akhirnya
8.00 mlm - Naz selaku chef utk makan malam sedang beraksi....
bahan-bahanya... tu dia lesung batu pun usung pi sana sini nehhh..... (wajib)
taraaaaaaaaaaa......... dah siap neh, laporrr nyerrr iskhhhhhhhhh
9.00 mlm - tengah sedap menjamu selera, dikejutkan dgn kedatangan sorang penduduk asli di situ rupa-rupanya tok batin kg tu (lupa nama dia), siap menegur kami kerana masuk kg tanpa kebenaran..alamakkkk
sebagai org yg paling senior (tua lar tuh) dlm group aku, Bro Nash slow talk dgn tok batin tu, ajak join makan n pekena kopi kapal api.... TU DAH SENYUM seatle problem
00.30 pagi - masuk beradu awal.... esok nak beraksi 'casting' awal pagi, cari sebarau dan toman
7.30 pagi - apa-apa pun sarapan dulu... karang ikan tak dapat, lapar plak yg dapat... sambil tu borak-borak lar apa2 yg patot, borak pasal pancheng lar...
12.45 tgh - Mana pi abis ikan, hairan sungguh... rezeki tak menjadi trip kali ni
...antara rezeki yang mengena....
2.00 ptg - Berkemas semua kelengkapan dan bertolak balik ke KL
6.00 ptg - Masuk semula ke dalam kesesakan yang menggila di KL....aarghhhhhhhhhhhhh
No comments:
Post a Comment