Showing posts with label Knowledge. Show all posts
Showing posts with label Knowledge. Show all posts

Thursday, November 13, 2008

....notification !!


HATI HATI......... Udang + Vitamin C = Racun !


Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi...


Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah. Setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.


Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masaalahnya kerana malam itu wanita ini banyak makan udang. Sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah,
keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal.


Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), berhubung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C, dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rosak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati-hati, kalau banyak makan udang, JANGAN MINUM/AMBIL VITAMIN C pada satu masa yang sama.

Gee.. tolong betulkan fakta jika maklumat ini salah !!!

Monday, November 3, 2008

....dignified


Tangan Kita

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.


Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?


Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............ !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:


"Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:


"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:


Pertama : Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua : Kedua yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!"


Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

Friday, October 31, 2008

Attention !

'Have U ever heard about LPG gas cylinder's expirydate?'


Expired Cylinders are not safe for use and may cause accidents. Inthis regard please be cautious at the time of accepting anyLPG cylinder from the Vendor.


Here is how we can check the expiry of LPG cylinders: On one of three side stems of the cylinder, theexpiry date is coded alpha numerically as follows A or B or C or D and some twodigit number following this e.g. D06.


The alphabets stand for quarters -

1. A for March (First Qtr),

2. B for June (Second Qtr),

3. C for Sept (Third Qtr),

4. D for December (Fourth Qtr)


The digits stand for the year till it isvalid.


Hence D06 would mean December qtr of 2006. Please Return Back the Cylinder that you get with aExpiry Date, they are prone to Leak and other Hazardous accidents.



The second example with D13 allows thecylinder to be in use until Dec 2013.



Kindly pass this to every one, and create awareness among the public.

Monday, September 8, 2008

.....** Proton MPV final design!!

Proton MPV first batch to roll out mid-Sept 2008The Proton MPV will begin on-road testing from the 12th of September 2008onwards, so we’ll be able to spot it on our local roads and hopefully getsome nice clear photos possibly from mid-September onwards. It will belaunched to the public in March 2009.
Proton sources have confirmed that the Proton MPV will initially come withthe 125 horsepower Campro CPS found in the highline GEN2 CPS facelift. Thecar will ride on 15 inch wheels which should be easy on the fuelconsumption as well as tyre change bills as smaller tyres are cheaper.125hp is far from sprinty on a heavy vehicle especially with all 7 seatsoccupied, but it is still more powerful than the 1.3, 1.5 and 1.6 literengines that almost all B-segment Japanese MPVs have to make do with.
A turbocharged Campro engine is said to be in the works but according toinside sources if any other engine options other than the CPS engine are tobe available for the Proton MPV, next in line is more likely to be aturbodiesel engine. In fact, Proton may have played a part in(successfully) lobbying for the recent drop of diesel road tax rates to thesame level as petrol road tax rates.
**nota :-
...dah buat pesanan ker belum... makan dlm MPV, tidoq dalam MPV, mandi dlm MPV.. pendek kata berumah tros lar dalam MPV tu lagi baguih... wakakaka...

Wednesday, August 6, 2008

How men change !!!


The Love Word
After 6 weeks: I looo-ve you, I love you, I love you!
After 6 months: Of course, I love you.
After 6 years: GOD, if I didn't love you, then why did I marry you?

Back from Work
After 6 weeks: Honey, I'm home!
After 6 months: I'm BACK!!
After 6 years: Have you cooked yet ?

Phone Ringing
After 6 weeks: Baby, somebody wants you on the phone.
After 6 months: Here, it's for you.
After 6 years: ANSWER THE PHONE DAM*T!!

Cooking
After 6 weeks: I never knew food could taste so good!
After 6 months: What are we having for dinner tonight ?
After 6 years: DUMPLING AGAIN??

New Dress
After 6 weeks: Wow, you look like an angel in that dress.
After 6 months: You bought a new dress again?
After 6 years: How much did THAT cost me ?

TV
After 6 weeks: Baby, what would you like us to watch tonight ?
After 6 months: I like this movie.
After 6 years: I'm going to watch PIRATES play, if you're not in the mood, go to bed, I can stay up by myself!

Making Love
After 6 weeks: Baby, I want you tonight ?
After 6 months: Lets make another baby, my mother just called!!!
After 6 years: Please MOVE over to your side, I'm suffocating here!!!!

Wednesday, June 25, 2008

......unobstrusively


....dalam zaman yang serba canggih neh rupanya masih ada kaum yang masih belum terdedah dengan dunia luar..... kalau kita korek dalam2 kat mesia neh pun mungkin jugak ada yang macam neh..!!!


~REUTERS~
Members of an unknown Amazon Basin tribe and their dwellings are seen during a flight over the Brazilian state of Acre along the border with Peru in this May, 2008 photo distributed by FUNAI, the government agency for the protection of indigenous peoples. Survival International estimates that there are over 100 uncontacted tribes worldwide, and says that uncontacted tribes in the region are under increasing threat from illegal logging over the border in Peru....

Monday, June 2, 2008

Bahaya Ketika Tidur........



"Biasa la kalau lelaki berdengkur, kalau perempuan memang buruk."

Itu kata-kata yang sering kita dengar apabila berbicara tentang dengkur. Lelaki secara umumnya mengangapnya sebagai sesuatu yang tidak perlu digusarkan, namun kaum hawa pula merasakan adalah sesuatu yang memalukan sekiranya mereka berdengkur.
Tidur bersebelahan seorang yang kerap berdengkur memang menyebabkan kita terganggu. Apatah lagi jika dengkurannya terlalu kuat hingga sukar untuk melelapkan mata. Jangan ambil mudah perkara ini, sebenarnya dengkur juga boleh menjadi petunjuk kepada beberapa penyakit.
Kepada para isteri yang mempunyai suami yang tidur berdengkur, sekiranya anda mendapati dengkuran mereka berkurangan tetapi bertambah kuat dan hanya muncul sesekali selepas satu tempoh, anda seharusnya berasa bimbang.
Ini kerana, dengkuran kuat merupakan salah satu tanda suami anda mungkin menghidap Apnea tidur akibat salur pernafasan terhalang (OSA).
OSA merupakan suatu keadaan di mana penghidapnya berhenti bernafas untuk suatu ketika ketika tidur. Kebiasannnya, pengidap tidak akan menyedari mereka menderitai penyakit ini. Terdapat banyak kes di mana pesakit hanya mengetahui mereka mengidapnya selepas bertahun-tahun menderita.
Kebarangkalian penyakit ini berlaku lebih tinggi pada mereka yang mengidap obesiti, asma, penyakit jantung dan kerap mengambil minuman keras. Selepas OSA dikesan, ia seharusnya dirawat dengan segera kerana ia boleh membawa kesan jangka panjang yang amat buruk, malah boleh membawa maut, walaupun jarang berlaku.


MEREHATKAN BADAN
Ketika tidur, badan manusia menggunakan kesempatan ini untuk berehat dan ´mengecas semula tenaga´ untuk kegiatan lain selepas bangun nanti. Namun, bagi penghidap penyakit ini, badan menjadi semakin letih selepas tidur kerana anggota-anggota penting seperti otak, buah pinggang, hati dan sebagainya tidak menerima bekalan oksigen secukupnya akibat sistem pernafasan yang terhenti.
Akibatnya, sel-sel otak akan mula mati kerana tidak menerima oksigen, dalam jangka masa panjang akan memudaratkan pengidapnya, terutamanya jika dia lebih kerap berhenti bernafas semasa tidur.Sekiranya ini berlaku, pesakit berdepan dengan kemungkinan diserang strok atau penyakit jantung ketika tidur, meskipun mereka sebenarnya tidak mengidap kedua penyakit tersebut.
Penghidap OSA biasanya berhenti bernafas dalam tempoh yang singkat, antara 10 hingga 30 saat sahaja, namun ia berlaku berulang-ulang kali. Rekod perubatan negara ini menunjukkan ada pengidap yang berhenti bernafas hingga 180 kali semalam.
Akibatnya, bunyi dengkur ini akan menjadi lebih kuat dan tiba-tiba akan terhenti untuk seketika akibat pernafasan telah terhenti berikutan saluran pernafasan dihalang (tertutup).
Satu kajian pada tahun 2005 oleh menunjukkan kira-kra 3 juta penduduk negara ini, mempunyai simptom penyakit ini diperingkat awal tanpa menyedarinya, kebanyakannya lelaki. Kebanyakan mereka yang tergolong dalam kajian tersebut didapati mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 35.
DENGKUR
Bunyi dengkur terhasil akibat getaran udara yang cuba menembusi halangan pada salur pernafasan ketika menarik nafas.
Dengkur terhasil daripada tisu lembut di dalam tekak yang bergetar apabila salur pernafasan menjadi lebih sempit kerana terhalang, sama ada secara semula jadi atau sebaliknya, seterusnya menyebabkan kelajuan dan tekanan udara semakin meningkat di kawasan tersebut.
Halangan pada salur berkenaan mungkin berpunca daripada beberapa sebab, sama ada diwarisi atau berpunca daripada masalah lain.
Pengambilan ubat tidur dan penenang dalam bentuk lain juga boleh menyebabkan tisu tertentu mengendur dan menghalang laluan sistem pernafasan kita. Selain itu, tisu di sekitar tekak juga boleh dipenuhi lemak akibat berat badan berlebihan yang akan menyebabkan salur udara mengecil dan sempit.
Saluran pernafasan melalui hidung juga boleh tersekat disebabkan alahan, demam selesema, resdung dan sebagainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya getaran yang menyebabkan dengkur.
Masalah dengkur dihidapi tidak mengira usia dan jantina dengan terdapatnya sebilangan kes di kalangan kanak-kanak. Dianggarkan 32 peratus golongan lelaki dewasa dan 14 peratus golongan wanita dewasa turut menghidap dengkur.
Ada juga pakar yang berpendapat struktur tulang muka turut meningkatkan risiko halangan salur udara, termasuklah tulang rahang atas dan bawah yang tidak selari, seperti rahang bawah yang lebih pendek atau lebih kecil sehingga menyempitkan saluran pernafasan.
Selain OSA, terdapat juga jenis Apnea lain seperti Apnea tengah di mana otot bahagian dada dan diafram berhenti bergerak seterusnya menyebabkan nafas terhenti secara tiba-tiba serta Apnea campuran yang juga dikenali sebagai Apnea kompleks iaitu keadaan di mana penghidap mengalami kedua-dua apnea.
OSA mencatatkan kes tertinggi iaitu lebih 84 peratus, 0.4 peratus untuk Apnea Tengah sementara 15 peratus lagi adalah kes Apnea Campuran.
Selain itu, terdapat juga Hypopnea, iaitu keadaan di mana berlakunya penurunan sehingga 50 peratus jumlah udara yang masuk ke paru-paru dalam setiap nafas.


RAWATAN
Antara teknik rawatan terkini bagi penyakit ini ialah dengan alat SomnoGuard yang merupakan sejenis alat menggerakkan mandibular (MAD), secara ringkas ia menggerakkan tulang rahang bawah ke depan supaya selari dengan rahang atas.
Ini akan menggerakkan tisu dan lidah yang sering menghalang salur pernafasan ke depan dan membuka semula laluan udara ketika tidur, sekaligus mengurangkan dengkur.
Kaedah lain ialah dengan menggunakan alat Tekanan Salur Udara Positif Berterusan Nasal (n-CPAP). Menerusi kaedah ini, oksigen dipaksa masuk ke paru-paru menggunakan tiub di hidung.
Cara rawatan ini digunakan dengan andaian rahang pesakit adalah selari. Tekanan udara yang tinggi pula digunakan untuk membolehkan udara menembusi halangan yang terbentuk.
Bagaimanapun, ia menyebabkan pesakit merasa tidak selesa dan kering tekak apabila bangun tidur.Kaedah yang lebih murah ialah menggunakan peranti mulut. Rawatan ini menggunakan penjaga mulut, biasanya diperbuat daripada plastik, untuk mengekang rahang atau lidah ke hadapan, dengan itu memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka. Namun, ia menyebabkan si pemakainya merasa tidak selesa kerana terpaksa memakainya setiap kali tidur.
Pesakit juga boleh memilih untuk menggunakan ubat-ubatan untuk menggalakkan pernafasan seperti theophylline, aminophylline, atau caffeine.
Namun, adalah lebih mudah bagi mencegah penyakit ini, iaitu dengan mengubah cara hidup lebih sihat melalui pemakanan seimbang dan senaman juga dapat membantu masalah OSA, terutamanya bagi kanak-kanak.
Elakkan pengambilan alkohol dan merokok serta dapatkan rawatan segera untuk alahan, demam selesema atau resdung supaya tidak membawa kepada masalah ini.

Friday, May 23, 2008

Skeleton Kaum AAAD ?.........


Besar dan tingginya manusia ini di zaman purbakala, kebesaran Allah S.W.T.... Subhanallah...............!!!!