Berani atau tidak yang pasti kita akan melaluinya juga.
Rawang: "Selamat Datang Ke Alam Barzakh" begitulah kata-kata aluan yang tertera pada papan tanda di suatu sudut dalam bangunan milik Rufaqa' Corporation di Bandar Country Homes, di sini.
Setakat ini telah lebih 600 orang menyahut kata-kata aluan tersebut untuk merasai pengalaman berada didalam sebuah kotak kayu berukuran 6 x 4 kaki persegi yang tersedia di satu ruang dalam bangunan itu. Kotak kayu itu dilengkapi sepasang batu nesan dengan sekujur tubuh replika mayat terbaring kaku ditepinya, ditutupi dengan kain batik panjang.
Semasa berada dalam liang lahad buatan itu, para pengunjung akan diperdengarkan dengan jeritan mayat-mayat yang berjiran, derapan kaki tujuh langkah pengiring meninggalkan anda seorang diri setelah dikebumikan serta pelbagai bunyi-bunyian lain yang menakutkan. Detik paling mendebarkan apabila datang Malikat munkar Nakir yang bertanya beberapa soalan berkaitan Iman. Suara Malaikat itu sebenarnya adalah suara penyanyi Sheqal, antara individu yang paling awal memasuki liang lahad itu sewaktu Alam Barzakh mula-mula dibuka.
Seorang Bilal dari Kajang, Muhammad salim Abdullah, 50, menceritakan, dia sendiri mengalami pengalaman yang cukup ganjil sewaktu berada dalam kubur buatan tersebut sewaktu memasukinya beberapa minggu lepas.
"Saya nampak asap berkepul-kepul dalam liang lahad saya. Saya terasa betul-betul sudah mati..", katanya ketika ditemui dirumahnya di Sungai Jelok, Kajang.
Bagaimanapun, Muhammad Salim begitu terkejut apabila petugas pusat tarbiah itu memberitahu, mereka tidak memasukkan asap ke dalam kubur buatan itu sebagaimana yang dikatakannya.
Sementara itu, seorang petugas pusat tersebut, Siti Maznah Mohamad Taufik pula menceritakan, tangannya yang dikiamkan (diletakkan atas perut seperti mayat) sewaktu berada dalam liang lahad itu gagal dileraikan walaupun setelah pintu kubur buatan itu dibuka oleh rakan-rakannya.
"Saya panik, saya tak tahu mengapa jadi begitu. Lepas saya isthigfar beberapa kali, barulah tangan saya boleh diangkat," katanya.
Dalam pada itu, wartawan, wartawan kita (Mingguan Perdana) Siti Zarinah Sahib sendiri mengalami peristiwa yang tak kurang menarik.
"Saya berdebar-debar bila mendengar derap kaki tujuh langkah pergi meninggalkan mayat saya bersendirian dalam kubur, Saya terasa seperti hendak menjerit , tapi suara saya seakan tersekat. Saya terasa begitu takut bila disoal malaikat siapa Tuhan saya, apa Agama saya, siapa Nabi saya dan macam-macam lagi. Sedar-sedar, saya menangis. Pengalaman 15 minit itu,
walaupun tak lama tapi cukup bermakna." Katanya.
walaupun tak lama tapi cukup bermakna." Katanya.
Penyelia Alam Barzakh itu Ustazah Asmah Musa, 26, idea melaksanakan Alam barzakh diambil daripada kosep rumah hantu yang dibuat di Fun Fair. Tetapi rumah hantu lebih kepada menakut-nakutkan orang tanpa memberi manfaat kepada mereka.
"Justeru itu saya memikirkan satu kaedah berbentuk motivasi yang dapat memberi faedah kepada orang ramai," katanya.
Dengan niat kerana Allah untuk memberi keinsafan kepada orang ramai maka Ustazah Asmah membuat sebuah kotak kecil ibaratkan sebagai kubur dengan tayangan video tentang kematian.
Baginya cara motivasi melalui perasaan dan roh lebih berkesan berbanding motivasi fizikal seperti yang biasa dijalankan.
"Mereka yang mengalaminya akan berasa takut dengan Tuhan dan bukan dengan manusia," katanya lagi.
Dengan megunakan sistem teknologi canggih menggunakan sistem audio dan video menjadikan Alam Barzakh rekaan ini menjadi lebih berkesan. Tambah Ustazah Asmah suara dari video itu adalah suara penyanyi Sheqal yang telah melalui proses campuran di studio. Manakala tayangan video adalah tayangan sebenar diambil daripada kematian salah seorang staf di Rufaqa'.
"Semua ini dilakukan untuk memberi kesan mendalam kepada pengunjung,"katanya.
****Jadi kalau sesiapa yg nak merasainya sendiri...boleh lah ke Rufaqa' Corporation di Bandar Country Home, Rawang....
Semoga timbul keinsafan pada mereka yang lalai dan pada mereka yang sewaktunya dengannya dalam mengingati KEMATIAN.......
No comments:
Post a Comment