Wednesday, December 31, 2008

WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG


Dari email seorang kawan untuk teladan...........


Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa....


Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.


Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.


Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).


Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.


Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.


Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.


Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.


Saham- sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.


Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.


Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.


Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.


Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).


Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."


"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."


"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."


Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya.


Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam


She should be thankful.... . she got the forgiveness from her husband..........

Wednesday, December 17, 2008

..un-fatigued


Market Visit dah selosai... yahooooooooooooo jom shooping !!!



Gift Shop - Gamaknya batu lesung neh bley guna ker, atau hanya utk perhiasan saja... huhuhuhu




...sempat lagi tu... alamak, ni nak membeli ker nak errrrrrrrrrrrr




Crystal World - "Kulit u puteh.. kena kaler yg terang sket !!".. Miss Yew minta pendapat aku tentang warna yg sesuai utk kulit dia........




Mmmmmm........... mana satu pilihan neh, naek berpinau mata aku.. karang Lady tak berkenan plak dgn pilihan aku....



"nah... yang ni sesuai untuk kak ngah ngan bb"... Mr Hebat & Miss Liew mencadangkan earing ngan brooch..



yang ni besar sangat maunya tersembam if tersadung neh...



yang ni kecik pulak dah... mana satu neh adoiiiiiiiii !!


Perghhhhhhhhh... ada macam tokey kedai kristal tak ? ...tak payah tunjuk lar apa yg aku dibeli.. rabak juga lar poket aku... huhuhuhuhu

Tuesday, December 16, 2008

...mystify...


Ur kid will say dis for u.... and wut will b ur answer.... ?????

Tuesday, December 2, 2008

Arrrrrrgghhhhhh.... de gormless


Hari2 yang paling aku meluat bila server buat hal.... lemah jantung aku dibuatnya..!
Pinging 202.188.1.0 with 32 bytes of data:

Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Request timed out.
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=46ms TTL=54
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=84ms TTL=54
Request timed out.
Request timed out.
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Request timed out.
Reply from 202.188.1.0: bytes=32 time=41ms TTL=54
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out

Thursday, November 27, 2008

Relex sekejap........


Kisah suami, isteri yang tidak pernah melihat apa itu cermin dan juga mak mertua yang tak sedar diri....

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.


Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.


Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..

Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..


Isteri: ??????????????

Saturday, November 22, 2008

....6 month + !!!


Trimakasih kepada kengkawan yg prihatin dengan Lady aku... Kelmarin Lady ada appointment dgn doktor.... alhamdulillah everything ok, kandungan tak der masalah... bebi-bebi pun sehat semuanya... walau pun usia kandungan baru 6 bulan lebey tapi Lady agak keletihan al-maklum lar bukan sorang yg Lady bawa !!



....nampaknya cuti skolah hanya di sekitar KK saja lah, abang Long, kak Ngah faham keadaan Lady, so tak lar demand nak balik kg ker apa ker...!

"ayah, bila bebi nak keluar dari perut ibu tu ayah... lamanya bebi tunggu ni..!!"


hampir setiap hari bebi tanya soklan yang sama..... dan aku tak jemu melayan karenah bebi !



duduk merenung diri.... apakah cukup dgn apa yang dicari, atau hanya gangguan emosi yang ingin merialisasikan sesebuah ilusi ?

........Alhamdulillah dengan apa yang dimiliki !

Tuesday, November 18, 2008

S A R A T


"....saratkan dirimu dengan ilmu dan bukanya hasad dengki yang membebankan diri...."

Monday, November 17, 2008

Something to inspire you...


Wife and the window


A young couple moves into a new neighborhood. The next morning, while they are eating breakfast, the young woman sees her neighbor hang the wash outside.


That laundry is not very clean, she said, she doesn't know how to wash correctly. Perhaps she needs better laundry soap.


Her husband looked on, but remained silent. Every time her neighbor would hang her wash to dry, the young woman would make the same comments.


About one month later, the woman was surprised to see a nice clean wash on the line and said to her husband: "Look! She has learned how to wash correctly. I wonder who taught her this."


The husband said: "I got up early this morning and cleaned our windows!"


And so it is with life: "What we see when watching others depends on the purity of the window through which we look. Before we give any criticism, it might be a good idea to check our state of mind and ask ourselves if we are ready to see the good rather than to be looking for something in the person we are about to judge. "

Thursday, November 13, 2008

Take A Break


There is a very, very tall coconut tree and there are 4 animals. King Kong, an Ape, an Orangutan and a Monkey pass by. They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree.


Who do you guess will win ?Your answer will reflect your personality.Think carefully . . .

TRY AND ANSWER WITHIN 30 SECONDS

Got your answer?

Now scroll down to see the analysis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


If your answer is:



Orangutan = you're sick



Ape = you need a break



Monkey = worse, you suppose to be in the hospital right now..



King Kong = I think you better take 1 year leave..

Why?????



A COCONUT TREE DOESN'T HAVE BANANAS !



OBVIOUSLY YOU'RE STRESSED AND OVERWORKED.TAKE SOME TIME OFF AND RELAX!

amusement...!


"Cik.. apsal seat belt kapal terobang ni pendek sangat, tak ado ko yg panjang lagi ?"

....notification !!


HATI HATI......... Udang + Vitamin C = Racun !


Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi...


Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah. Setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.


Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masaalahnya kerana malam itu wanita ini banyak makan udang. Sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah,
keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal.


Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), berhubung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C, dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rosak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati-hati, kalau banyak makan udang, JANGAN MINUM/AMBIL VITAMIN C pada satu masa yang sama.

Gee.. tolong betulkan fakta jika maklumat ini salah !!!

Sunday, November 9, 2008

siapa tu ?


Encem nyer.... baru dpt pic neh from ma lil bro. Kalau tak silap gambor neh diambil sekitar tahun 1977 , mana dia pi slongkaq pun tatau ... yg aku pasti... nostalgia kembali menyinggah...!!!!!!!!!

Monday, November 3, 2008

....dignified


Tangan Kita

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.


Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?


Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............ !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:


"Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:


"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:


Pertama : Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua : Kedua yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!"


Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

SUAMI - kalau vs jika


KALAU SUAMI


Kalau suami mula berahsia..

Itu tandanya dia tak setia


Kalau suami meninggi suara

Itu tandanya dia dah ada mak we


Kalau suami mengaku bujang tua

Itu tandanya dia nak ngurat anak dara


Kalau suami selera tak ada

Itu tandanya dia nak pasang dua


Kalau suami lambat balik aje

Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha


Kalau suami tidur di ruang tamu

Itu tandanya dia dah jemu


Kalau suami malam jumaat buat tak tahu

Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu


Kalau suami garang macam singa

Itu tandanya hati dia dah tak cinta


Kalau suami asyik komplen aje

Itu tandanya dia dah tak suka


Kalau suami mula sepak terajang ke muka

Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA


JIKA SUAMI


Jika suami sayangkan isteri

Dapat gaji semua diberi


Jika suami sayangkan isteri

Kerja rumah rela dikongsi


Jika suami sayangkan isteri

Kereta diberi suami naik LRT


Jika suami sayangkan isteri

Duit poket diberi setiap hari


Jika suami sayangkan isteri

SMS dikirim tanda rindu dihati


Jika suami sayangkan isteri

Kongsi masalah nasihat dikasi


Jika suami sayangkan isteri

Diberi ciuman setiap pagi


Jika suami sayangkan isteri

I love U, I miss U katanya setiap hari


Jika suami sayangkan isteri

Isteri gemuk, dikatakan seksi


Jika suami sayangkan isteri

Sakit sikit selongkar laci ubat dicari


Jika suami sayangkan isteri

Kemana sahaja dibawa pergi


Jika suami sayangkan isteri

Sentiasa jujur perihal diri


Jika suami sayangkan isteri

Status berkahwin bangga sekali


Jika suami sayangkan isteri

Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 : Adakah suami2 anda tergolong dlm kategori ini? JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.


tetapi .... KALAU SUAMI .... lebih banyak dari JIKA SUAMI ... maka berhati-hatilah.Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.


PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????


JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...


Friday, October 31, 2008

resplendence.........

…Malam tadi..

"Assalamualaikum w.b.t , mak sehat ker, tengok ada miss call, mak talipon ancik ker tadi ?"

"a’ah mak talipon tadi, ni nak tanya , mak tgh jahit barut , 12 helai cukup ker.. kalau tak cukup mak tambah lagi….!"
"cukup dah tu.. sorang 6 helai … tak per lar, tgk dulu nanti mcm mana tak cukup ancik bagi tau lar..!!"
29/09/2008 yg lalu semasa buat pemeriksaan di klinik kesihatan doktor mengesahkan bebi boy… hero tuuuu
Insyaallah akhir bulan Januari atau awal bulan Februari tahun depan dapat lar aku bebi baru…!

Attention !

'Have U ever heard about LPG gas cylinder's expirydate?'


Expired Cylinders are not safe for use and may cause accidents. Inthis regard please be cautious at the time of accepting anyLPG cylinder from the Vendor.


Here is how we can check the expiry of LPG cylinders: On one of three side stems of the cylinder, theexpiry date is coded alpha numerically as follows A or B or C or D and some twodigit number following this e.g. D06.


The alphabets stand for quarters -

1. A for March (First Qtr),

2. B for June (Second Qtr),

3. C for Sept (Third Qtr),

4. D for December (Fourth Qtr)


The digits stand for the year till it isvalid.


Hence D06 would mean December qtr of 2006. Please Return Back the Cylinder that you get with aExpiry Date, they are prone to Leak and other Hazardous accidents.



The second example with D13 allows thecylinder to be in use until Dec 2013.



Kindly pass this to every one, and create awareness among the public.

Wednesday, October 8, 2008

UnSanGKaRabLe mOmEnTo II

Grace Point in Memories


...tak perlu dengan kata2.... all those pic menggambarkan segalanya....terharu aku....!!!



iklan beg tangan

"bb... jgn gelojoh... karang tertelan sudu tuh", meeda melayan karenah bb..



...lawa beg tangan meeda.. beaber mcm x nak lepas mug tu... nak buat kenangan
ker...!!!

kalau dah kaki....


...petang raya ke3 ari tuh aku dah mati kutu, x tau apa nak buat... sambey aku dok belek2 batang pancen Lady menegur....
"pegi lar, nanti x dapat tido malam pula"
....aku apa lagi, lampu ijau dah dpt.. tros angkat tipon call Guman , "malam ni lepas magrib, jgn lopa bawa rambat (jala) nak cari gemurak (ikan belanak) buat umpan..!"
lepas magrib Guman bersama U-ti sampai rumah aku... berbekalkan nasi impit, kueh raya.. tros ke Kuala Bolong dgn penuh harapan..
"jom balik wer, nyamok pong banyak neh..", bebel U-ti setelah 2 jam lebey umpan gemurak idup x bersentuh...
Guman cuma ketawa melihat karenah U-ti yg tak sabar tuh... kueh raya dah nak abis.. ikan x naek lagik !!!
...jam 11:20pm pancen U-ti bergegar.... kelam kabot dia tarik.... "pelan-pelan.. main dulu, kasik release spool..", jerit Guman..
...di tgh kuala terdengar hamburan air... mangsa cuba melepaskan diri...
"putusssssssss...........siooooooooooootttttttttttt ........argggggggggggghhhhhhhhh..!!!!", jerit U-ti hampa....
....mcm tu lah kalau x sabar.... kan dah terlepas bisik ati aku... bimbang putus aku tros tukar perambut steel 2 depa... harap2 20lb steel dpt bertahan....
...beberapa eko kerapu yg naek setakat ni... but gred A masih x menunjukan diri....
11:43pm...... Shimano Titanos GT2000 aku menjerit sakan.......... hampir 20 minit lebey bertarung.. akhirnya tewas juga mangsa yg meragut gemurak idup aku tuh....
Abu Garcia - Ambassadeur 9000CL juga tak menghampakan aku bila berjaya mendaratkan 4kg lebey Siakap puteh..... besarr tuuuuuuuuuuu...


.... Gee, tlg nengok jante ker tino specis neh.... penat aku ngangkat, lengoh tangannnnnn

Outing 2nd October 2008


"kita nak pi mana ni ayah ?", bb tanya bila di kejutkan awal pagi raya ke 2..

abg Long dgn mood nyakat, "kita nak pi beraya... cepat lar siap bb"
"bukan bb lar.. panggil kakak, kan ada bb lagi dlm perut ibu tu !", kaletah jer mulut bb menjawab
...ni lar kali pertama anak2 aku beraya di perantauan, tahun yang lepas2 selalunya aku balik kerumah datuk nenek they all....
"yahooooooo... mandi sungai !!!!", kak ngah melompat kegirangan setelah 1 jam 30 minit perjalanan dari KK dan sampai ke kg Monokusilad, Moyog... sungai bukit...
......seronok anak2 aku kalau dpt mandi sungai mcm neh


bb lagi lar... kalau boleh x nak balik.. nak dok kat sungai jer...




mengeletar sakan... bb sojukkkkkkkkkkkk...!!!!


kawalan keselamatan.... x senang ati Lady kalau bebudak tu x nampak dpn mata..


********
Tringat kata arwah ayah aku.. "tiada kebahgiaan yang nyata selain membahgiakan keluarga "

Friday, September 26, 2008

Tuesday, September 23, 2008

Thursday, September 11, 2008

...promptitude cavity...

Hari neh Tuan Tanah Kedaung nak ajak penghuni tanah semua meninjau satu situasi yang begitu sinonim dengan orang-orang kita... kebelakangan ni kita dok dengaq bank kena rompak, kedai emas kena rompak, kedai pajak kena rompak... senang jer kena rompak.. kenapa ?

..... cuba kita jenguk-jenguk dalam bank ker, kat pajak gadai ker.. kat kedai emas ker.. tgk mcm mana lar gayanya securiti yang diletakan, adakah benar-benar untuk menjaga keselamatan tempat tersebut atau hanya sekadar untuk mencantikan panorama di dalam tmpt tu saja.... mana tidaknya "statue bernyawa" pasti menarik minat pelanggan..!!!


Kita penah tgk aksi2 dalam filem, securiti semuanya berbadan sasa, tangkas dan bertenaga... senang jer rompakan dapat di patahkan.. secara logik lar, tapi di negara kita ni asal ada jer.. dari umo belasan tahun hingga lar ke atok-atok yg sepatotnya dok kat rumah jaga cucu...! Kesian Tuan Tanah Kedaung menengoknya.....

..... atau mungkin juga menyahut seruan kerajaan supaya bijak berbelanja jadi untuk merialisasikan matlamat kerajaan, itu lar securiti yang paling menjimatkan....!!!

Paraaaahhhhhhhhhh...!!!

Monday, September 8, 2008

.....** Proton MPV final design!!

Proton MPV first batch to roll out mid-Sept 2008The Proton MPV will begin on-road testing from the 12th of September 2008onwards, so we’ll be able to spot it on our local roads and hopefully getsome nice clear photos possibly from mid-September onwards. It will belaunched to the public in March 2009.
Proton sources have confirmed that the Proton MPV will initially come withthe 125 horsepower Campro CPS found in the highline GEN2 CPS facelift. Thecar will ride on 15 inch wheels which should be easy on the fuelconsumption as well as tyre change bills as smaller tyres are cheaper.125hp is far from sprinty on a heavy vehicle especially with all 7 seatsoccupied, but it is still more powerful than the 1.3, 1.5 and 1.6 literengines that almost all B-segment Japanese MPVs have to make do with.
A turbocharged Campro engine is said to be in the works but according toinside sources if any other engine options other than the CPS engine are tobe available for the Proton MPV, next in line is more likely to be aturbodiesel engine. In fact, Proton may have played a part in(successfully) lobbying for the recent drop of diesel road tax rates to thesame level as petrol road tax rates.
**nota :-
...dah buat pesanan ker belum... makan dlm MPV, tidoq dalam MPV, mandi dlm MPV.. pendek kata berumah tros lar dalam MPV tu lagi baguih... wakakaka...

Puasa pun kena denda.....


.......apa lar nak jadi, syukurlar kita di Malaysia neh tak jadi macam nie....!!!!


Muslim Xinjiang dihalang Tarawih (Berita Harian - 07/09/2008)

BEIJING: Masyarakat Muslim China di Xinjiang, dilaporkan dilarang mengerjakan solat Tarawih oleh pihak berkuasa tempatan atas alasan mengelak berlaku sebarang kejadian ganas.
Perkhidmatan berita Islamonline memetik laporan agensi berita Agence France-Presse (AFP) menyatakan, bukan itu saja, malah penduduk lelakinya juga dilarang menyimpan janggut, manakala wanitanya tidak boleh menutup aurat dengan mengenakan tudung mahu pun purdah.
"Kami ingin mengingatkan umat Islam supaya tidak menganjurkan sebarang acara solat berjemaah atau cuba mengadakan sebarang majlis yang mengumpulkan orang ramai bagi mengelak tercetusnya sebarang kejadian yang boleh mengancam keharmonian masyarakat," kata notis pada laman web majlis tempatan Xinhe.
Arahan itu dikeluarkan pihak berkuasa tempatan minggu ini bagi memastikan penduduk Muslim minoriti Uighur mengadakan sebarang acara keagamaan bersempena Ramadan yang bermula minggu ini.
"Sesiapa saja, baik pegawai kerajaan, anggota Parti Komunis, guru dan pelajar juga dilarang terbabit dalam sebarang acara sempena Ramadan. Mereka yang ditangkap kerana berpuasa, akan dihukum," kata satu lagi notis pada laman web majlis daerah Zhaosu, di Xinjiang. - Agensi

Monday, August 18, 2008

The Window


Something to share wif...

Two men, both seriously ill, occupied the same hospital room. One man was allowed to sit up in his bed for an hour each afternoon to help drain the fluid from his lungs. His bed was next to the room's only window. The other man had to spend all his time flat on his back.

The men talked for hours on end. They spoke of their wives and families, their homes, their jobs, their involvement in the military service, where theyhad been on vacation.


Every afternoon when the man in the bed by the window could sit up, he would pass the time by describing to his roommate all the things he could see outside the window.


The man in the other bed began to live for those one-hour periods where his world would be broadened and enlivened by all the activity and color of the world outside.


The window overlooked a park with a lovely lake. Ducks and swans played on the water while children sailed their model boats. Young lovers walked arm in arm amidst flowers of every color and a fine view of the city skyline could be seen in the distance.


As the man by the window described all this in exquisite detail, the man on the other side of the room would close his eyes and imagine the picturesque scene.


One warm afternoon the man by the window described a parade passing by. Although the other man couldn't hear the band - he could see it. In his mind's eye as the gentleman by the window portrayed it with descriptive words.


Days and weeks passed. One morning, the day nurse arrived to bring water for their baths only to find the lifeless body of the man by the window, who had died peacefully in his sleep. She was saddened and called the hospital attendants to take the body away.


As soon as it seemed appropriate, the other man asked if he could be moved next to the window. The nurse was happy to make the switch, and after making sure he was comfortable, she left him alone.


Slowly, painfully, he propped himself up on one elbow to take his first look at the real world outside. He strained to slowly turn to look out the window beside the bed. It faced a blank wall.


The man asked the nurse what could havecompelled his deceased roommate who had described such wonderful things outside this window. The nurse responded that the man was blind and could not even see the wall.

She said, "Perhaps he just wanted to encourage you."

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Epilogue: There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations.


Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared, is doubled.


If you want to feel rich, just count all the things you have that money can't buy.


"Today is a gift, that's why it is called the present."



  • People will forget what you said...

  • People will forget what you did...

  • But people will never forget how you made them feel...

Wednesday, August 13, 2008

dulu dan sekarang....


Teringat seketika dulu time kat kg...... bila dgn arwah nenek, macam-macam pantang larang dia cakap dekat cucu yang sorang neh.. maklum lar terlebih nakal lar katakan wakakaka.. adehhh !!

DULU : Jangan duduk atas bantal, nanti montot jadik bisul ... menggigil giler akuuuu.. !!!
SEKARANG : Duduk lar atas bantal tuh kalau x nampak depan bila memandu... x der bisul pun....

DULU : Jangan tidur meniarap sambil angkat kaki keatas (nyabong kaki).. nanti mak mati.. menangis sampai nak rak aku waaaaaaaa....waaaa...waaaaaa !!!
SEKARANG : Tidur lar macam mana pun janji lelap mata besok bleh buat kerja kira ok dahhh... mak aku pun ok jer sampai hari ini..... !!

DULU : Kalau anak dara pula jgn nyanyi kat dapor karang dapat laki tua..... lantak lar aku bukanya pompuan !!!
SEKARANG : Melalak lar bagai nak gila kalau tak dapat laki tua... siap dikejarnya sampai rumah, sampai bergaduh dekat publik pasal jantan tua tuh... sori ekkk kalau sesapa terasa..

DULU : Jangan mengintai nanti tumbuh ketumbit kat mata.... risau gak aku !!!
SEKARANG : Siap bleh buat video clip lagik bila mengintai tu (bukan aku yg mengintai aaaa) tak der plak yg kata jadik ketumbit ker apa ker... wakakakakaka !!!

in memories....


Mlm tadi aku dikejutkan dgn pangilan talipon dari adik aku di kampong yg memaklum Maksu aku dah kembali kerahmatullah... sedey, aku x dapat balik... besok aku ada delivery, 2 hari di Labuan.. then minggu depan taklimat dgn IPD's di seluruh Sabah bermula dari 18/08/2008 hingga 22/08/2008...... huhuhuhuhuhuhu


Aku re-post smola entry aku yg lepas... (semoga Maksu tenang di sana - Alfatihah)


Cari Apa Tue...?


Tringat satu kejadian masa aku kat kg dulu... masa tu kalau x salah aku musim buah pelam / buah mangga .. menyicah siot x hengat... aku dok lepak kat tepi bendang ngan Maksu, mak aku, arwah ayah aku dok sedap menyicah atas pangkin bawah pokok pelam tu... angin yg mai tu plak kuat jugak..perghhh ... syokk wooo !!!

Tiba2 maksu aku kata perot dia memulas... adoiiii.

"Cepattt pegi buang karang berlambak plak kat ataih pangkin neh" kata mak aku

Dia pon apa lagik dengan gagahnya berlari untuk melepaskan hajatnya tuh.... sambil tu kami melayan pelam lagik !!!!

Tengah dok sedap menyicah Paksu pula datang cari Maksu nak ajak pi pasar malam, time tu Maksu dah selesai melepaskan hajat... tapi kami tgk Maksu tu mcm dok tgh mencari sesuatu.. kehulu.. kehilir gagau dalam semak tu !!!

Aku tanya... "cari apa tu?"

Maksu jawap, "hang toksah dok sibok lar, makan buah pelam tuh diam2 !!!

Lepas tuh dah Maksu cari tak jumpa dia terus naik atas motor nak pi pasar malam. Maksu pesan, "hampa kalau jumpa benda aku tu tolong simpan na !"

Paksu mencelah "tu yg dok kat ataih bahu hang tu apa kebenda nya ?"

Rupa2nya Maksu cari seluar dalam dia.... hahahahaha !!! Kami pakat2 gelak kat dia...!!!

Aku cakap.. "tu laaa... orang tanya x nak bg taw !!!

Nasib baik lar Paksu nampak, kalau idak sure bawak pi round seluar dalam atas bahu dia kat pasar malam.. dah tentu riuh satu kampong nanti... miahahahahaha !!!!!